Wednesday, October 14, 2009

Tips Penjagaan Brooch

Terdapat di kalangan pemakai brooch yang berasa susah hati apabila batu pada brooch mereka tercabut dan hilang. Tips bagi mengelakkan batu-batu ini daripada tercabut adalah:

1) Sapukan pengilat kuku berwarna jernih pada batu2 tersebut. Ini bertujuan untuk melekatkan keseluruhan permukaan batu tersebut pada plate brooch tersebut. Dengan itu risiko batu tercabut dan hilang akan berkurangan.

2) Elakkan daripada menjatuhkan brooch kerana ini akan menyebabkan batu-batu tersebut tercabut dari soketnya.

3) Elakkan meletakkan brooch pada tempat yang panas seperti di dalam kereta kerana ini akan menyebabkan gam yang melekatkan brooch menjadi cair dan melepaskan pegangan pada batu tersebut.